Speaker Selangor Tegur Exco Supaya Jawab Soalan Bukan 'Berceramah'

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang anggota exco kerajaan negeri Selangor pada Khamis ditegur oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim supaya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri dan bukannya "memberikan ceramah".

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari ditegur Teng semasa menjawab soalan Warno Dogol (BN-Sabak) mengenai sumbangan kerajaan negeri yang signifikan dalam meningkatkan hasil padi negeri semasa sesi soal jawab pada persidangan dewan itu pada Khamis.

"Sila fokus kepada soalan yang dikemukakan," kata Teng apabila Yaakob asyik menerangkan proses penanaman padi yang betul termasuk soal "batas dan parit" hinggakan Warno bangun mengutarakan soalan tambahan kerana beliau mahukan Yaakop menjawab mengenai bentuk bantuan kerajaan negeri untuk penanam padi di Selangor.

Yaakob berkata kerajaan negeri memberikan peruntukan antara RM3 juta dan RM4 juta setahun sejak tiga tahun lepas bagi membantu petani meningkatkan hasil padi. Beliau berkata sumbangan kerajaan tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit tetapi dalam teknologi pertanian seperti yang beliau terangkan semasa menjawab soalan Warno.

Yaakob juga menyalahkan kualiti benih padi yang dibekalkan kepada petani yang didakwa mengandungi banyak padi angin menyebabkan hasil tuaian merosot.

Dalam soalan tambahan, Warno bertanya mengenai langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri memandangkan pesawah di Sungai Besar mengalami kemerosotan hasil tuaian kerana masalah kekurangan air hinggakan mereka terpaksa menyewa pam air untuk mengairi bendang mereka.

Yaakob berkata buat sementara waktu ini Jabatan Pengairan dan Saliran memberi bantuan peralatan kepada petani untuk mengepam air ke bendang mereka sementara menunggu pembinaan sistem pengairan yang lebih baik untuk penyelesaian jangka panjang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan