Projek MRT Ujian Kerjasama Antara PR Dan Kerajaan Persekutuan - Khalid Ibrahim

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri hari ini bahawa projek Aliran Transit Massa (MRT) merupakan satu ujian kepada kerjasama Pakatan Rakyat di Selangor dengan kerajaan Persekutuan.

Kerjasama itu adalah untuk melaksanakan projek secara profesional sebagai satu pembangunan terbaik untuk rakyat di Selangor dan Wilayah Persekutuan, katanya.

Beliau berkata antara aspek yang perlu diperhatikan dalam projek ini ialah supaya kos pembangunannya memberikan nilai kepada rakyat.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri menerusi exconya akan memantau pelaksanaan projek ini dan tidak membiarkan pihak pejabat daerah sahaja memantau pelaksanaannya.

Beliau menjawab soalan tambahan Lee Kim Sin (DAP-Kajang) semasa sesi soal jawab, mengenai nasib 30 kedai di Kajang yang akan diambil alih bagi memberi laluan kepada projek itu.

Lee bertanya sama ada kerajaan akan menimbangkan supaya landasan di Kajang dibina di bawah tanah atau laluannya diubah.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengambil langkah proaktif di dalam projek ini tetapi tidak akan membelakangkan kepentingan rakyat dan memastikan tanah-tanah mereka yang terlibat akan dibayar pampasan sewajarnya.

Beliau berkata kerajaan negeri mempunyai kuasa di dalam soal tanah termasuk dari segi meluluskan pengambilan tanah untuk projek MRT. "Kita tidak boleh lari dan mesti pro-aktif...sudah tentu ada kawasan diambil alih, kalau harga tidak berpatutan Ahli Dewan boleh bangkit," katanya.

Abdul Khalid juga berkata, kerajaan negeri mengeluarkan notis awal pengambilan tanah untuk laluan projek Aliran Transit Massa (MRT) adalah bagi mengelakkan spekulasi.

Beliau berkata jika kerajaan negeri lewat mengeluarkan notis itu dikhuatiri ada di kalangan pemilik tanah terlibat yang "pro-aktif" dan mendapat maklumat awal akan menukarkan status tanah mereka, misalnya dari pertanian kepada kediaman, bagi mendapatkan pampasan lebih tinggi.

Abdul Khalid juga berkata tidak semestinya Kumpulan Gamuda akan dapat kontrak pembinaan MRT kerana ia akan ditentukan menerusi tender terbuka.

Kepada soalan asal Dr Shafie Abu Bakar (PAS-Bangi), Menteri Besar berkata nilai pengambilan tanah milik negeri dan individu itu belum ditentukan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan