Pilihan Raya DUN Sarawak: PKR-SNAP Jangka Capai Kata Sepakat

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pertikaian pembahagian kerusi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dijangka akan dapat diselesaikan menjelang Isnin ini.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, kedua-dua parti bersetuju untuk membuat pertimbangan terakhir berhubung tawaran pembahagian kerusi yang akan ditandingi mereka pada pilihan raya Sarawak pada 16 April depan.

"Pada peringkat ini masing-masing sudah sangat jelas, kami tahu apa yang mereka (SNAP) mahu dan mereka juga tahu apa yang kami mahu.

"Jadi sekarang terpulang kepada kedua-dua parti untuk buat keputusan dalam masa terdekat, keputusan mengenainya akan diumumkan pada 4 April nanti," katanya pada sidang media di Pejabat PKR Satok, di sini Khamis.

Keputusan itu dicapai pada pertemuan terakhir antara PKR dan SNAP yang diadakan pagi tadi.

PKR diwakili Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden, Tian Chua serta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin manakala SNAP diwakili Setiausaha Agungnya, Edmund Stanley Jugol dan Ketua Pemuda, Dayrell Walter Entrie.

Mengulas mengenai pertikaian kira-kira 20 kerusi yang masih menjadi rebutan antara kedua-dua parti, Baru berkata pihaknya sudah mengemukakan tawaran 'persefahaman' kepada SNAP untuk dipertimbangkan.

"Ada beberapa kerusi yang kita sudi untuk beri dan begitu juga mereka, namun dipertengahan (perbincangan) masih ada beberapa masalah.

"Kita sudah kemukakan tawaran (tolak ansur), tapi ia terpulang sama ada mereka mahu menerima tawaran itu atau tidak. kerana kedua-dua pihak tahu apa kemahuan masing-masing," katanya.

Selain itu Baru berkata, PKR akan cuba bertolak ansur berhubung pembahagian kerusi bagi mengelakkan politiking dan kecelaruan di kalangan rakyat peringkat bawahan.

SNAP sebelum ini mengumumkan senarai 27 calon yang akan mewakili parti itu dan masih berminat untuk bertanding di 40 kerusi secara keseluruhannya di kawasan majoriti kaum Dayak.

Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan