Pegawai PBT Tidak Akan Dibekal Dengan Senjata Api - Lajim Ukin

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang membenarkan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dibekalkan dengan senjata api dalam meningkatkan penguatkuasaan undang-undang, Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin berkata bagi meningkatkan tahap penguatkuasaan PBT boleh menggunakan kaedah-kaedah yang lebih mantap dan kreatif serta bersesuaian dengan keadaan setempat dan situasi.

Katanya ia termasuk menggunakan kaedah 'omnipresence' atau menentukan bahawa penguatkuasa berada di serata tempat, mengenakan kompaun, tindakan mahkamah, mahu pun secara psikologi.

"Kerajaan berpendapat penguatkuasa PBT tidak perlu dibekalkan senjata api kerana kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan Akta 171 hanya melibatkan pelanggaran undang-undang tanpa kekerasan," katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (BN-Sepang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis. Mohd Zin dalam soalannya ingin tahu strategi kementerian itu bagi meningkatkan penguatkuasaan undang-undang oleh PBT dan adakah mereka akan dibekalkan dengan senjata api berikutan terdapat ancaman kepada anggota PBT ketika bertugas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan