Mangsa Banjir Di Perlis Terus Meningkat - Berita Semasa | mStar

Mangsa Banjir Di Perlis Terus Meningkat

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Walaupun paras air di beberapa kawasan yang dilanda banjir di Perlis sudah mulai surut, namun jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat berbanding semalam.

Jurucakap bilik gerakan banjir Perlis berkata ketika ini 3,062 mangsa banjir dari 759 keluarga berada di 33 pusat pemindahan di kawasan Kangar, Padang Besar dan Arau, berbanding 2,998 orang lewat malam Khamis.

Paras air di bahagian utara Perlis ketika ini didapati surut sedikit berbanding semalam.

Di bandar Kangar, air mulai naik malam tadi mengakibatkan banyak kedai ditutup, dan sehingga kini 28 batang jalan dinaiki air, namun kebanyakannya masih boleh dilalui semua kenderaan. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan