K'jaan S'gor Fail Permohonan Gantung Prosiding Kes Surat Pekeliling

Diterbitkan: Rabu, 30 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini memfailkan permohonan untuk menggantung sementara prosiding mahkamah mengenai pekeliling yang menghalang kakitangannya ditemuduga oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di luar waktu pejabat sehingga siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) ke atas kematian Teoh Beng Hock selesai.

Permohonan ini difailkan menerusi firma guaman Tetuan Fahda Nur & Yusmadi di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang turut disertakan dengan afidavit yang disokong oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata satu kenyataan akhbar kerajaan negeri di sini hari ini.

Peguam Negara telah memfailkan permohonan saman pemula kepada mahkamah bagi mengisytiharkan Pekeliling No 4 bertarikh 28 Julai 2009 yang melarang SPRM daripada menemuduga kakitangan kerajaan negeri dalam waktu pejabat adalah batal dan tidak sah kerana melanggar Akta Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru dikuatkuasakan.

Pekeliling itu didraf selepas kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, yang ditemui mati di Plaza Masalam di sini pada 16 Julai, 2009.

Abdul Khalid berkata: "Saya percaya bahawa laporan RCI adalah sangat material dan relevan kepada isu-isu yang dipertikaikan dalam tindakan ini kerana mahkamah akan mempunyai fakta berkenaan dengan prosedur siasatan SPRM dan setakat ini ia tidak mengikut lunas undang-undang."

Dalam afidavit itu, Abdul Khalid juga menyatakan maklumat dari laporan RCI itu perlu untuk memutuskan sama ada pengeluaran Pekeliling oleh Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghadkan siasatan ke atas kakitangan kerajaan negeri pada waktu pejabat sahaja, adalah sah.

Pada 24 Feb lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Kerajaan Negeri Selangor dalam permohonannya untuk membatalkan saman pemula itu yang difailkan oleh Peguam Negara ke atas kerajaan negeri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan