Kementerian Kesihatan: Tiada Keperluan Haramkan Botol Susu Polikarbonat Serta Merta

Diterbitkan: Rabu, 30 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengharaman penggunaan botol susu bayi polikarbonat mengandungi Bisphenol A (BPA) yang didakwa merbahaya kepada kesihatan bayi dan kanak-kanak, adalah tidak perlu dilakukan dengan serta-merta.

"Walaupun mendapat gesaan daripada beberapa pihak tertentu namun sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh dan terdapat ketidakpastian dalam kajian yang dijalankan oleh badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Tempoh masa peralihan selama setahun diberi kepada semua pihak yang terlibat termasuk pengguna manakala pihak industri boleh menarik balik produk terbabit di pasaran serta perlu membuat persediaan bagi mematuhi keperluan pengharaman berkuatkuasa 1 Mac tahun depan, katanya.

Liow berkata, Kementerian Kesihatan telah memantau perkembangan isu ini sejak 2001 dan rundingan secara menyeluruh juga telah diadakan di antara semua pihak bagi membuat keputusan yang terbaik untuk melindungi kesihatan kumpulan berisiko tinggi iaitu bayi dan kanak-kanak.

Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) yang direndam dalam air panas melebihi 10 minit akan mempercepatkan proses pindahan BPA kepada susu yang boleh memberi kesan terhadap sistem saraf bayi.

Pada 14 Mac lepas, kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuat kuasa 1 Mac tahun depan sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol tersebut selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.

Kementerian telah berkongsi maklumat dengan orang awam melalui kenyataan akhbar, poster dan risalah di mana bimbingan diberi mengenai cara mengenal pasti botol susu polikarbonat dan cara penggunaannya yang betul mengikut saranan kementerian untuk mencegah risiko pindahan BPA kepada botol susu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-888 33652/ 33653/ 33655 atau melayari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan