Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan Perlu Proaktif Keluar Hukum Isu Terkini

Diterbitkan: Rabu, 30 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan perlu proaktif dan segera memutuskan hukum atau fatwa berhubung isu terkini bagi mengelak masyarakat terperangkap dengan pandangan pihak yang tidak berautoriti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, antara isu terkini ialah yang bersifat nasional seperti demonstrasi jalanan sebagaimana berlaku di Mesir bagi menjatuhkan kerajaan.

Apakah agama membenarkan rakyat mengadakan demonstrasi jalanan seperti itu, katanya ketika merasmikan Muzakarah Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa seluruh Malaysia di sini, Selasa.

"Sebarang kekeliruan yang wujud di kalangan masyarakat akibat hukum atau fatwa yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak berautoriti dan tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan masyarakat berpecah-belah," kata beliau.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Muzakarah yang diadakan buat julung kali itu bertemakan "Mendepani Cabaran Ke Arah Penyatuan Fatwa Di Malaysia" dihadiri oleh seramai 60 peserta yang terdiri daripada mufti negeri dan ahli jawatankuasa fatwa di peringkat kebangsaan dan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan Jamil Khir menyarankan supaya diadakan penyelarasan di antara fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri.

"Sehubungan dengan ini, suka saya mencadangkan supaya isu-isu yang bersifat nasional dibincang dan diputuskan terlebih dahulu di peringkat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, kemudian barulah ia dibincang dan diputuskan untuk dijadikan fatwa di peringkat negeri.

"Langkah ini boleh dilaksanakan kerana kebanyakan enakmen negeri telah memperuntukkan bahawa isu-isu yang bersifat nasional hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan," katanya.

"Mengambil semangat konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kita juga harus berusaha untuk menjadikan pengeluaran hukum atau fatwa ini berasaskan konsep 1Malaysia 1Fatwa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan