3 Pemimpin PKR Beri Keterangan Polis

Diterbitkan: Rabu, 30 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipanggil polis untuk memberi keterangan ke atas kekecohan yang berlaku pada majlis ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melawati, malam Jumaat lalu telah memberikan kenyataan mereka, Rabu.

Timbalan Presiden, Azmin Ali bersama-sama ahli Dewan Undangan Negeri, Saari Sungib dan Amirudin Shari tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang sekitar jam 10.30 pagi Rabu untuk merekodkan kenyataan mereka.

Mereka telah diiringi oleh Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya, Naib Presiden N Surendran yang juga merupakan seorang peguam dan seorang lagi peguam bernama Fadiah Nadwa. Turut hadir sama ialah ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin.

Mereka dilihat berada di situ sehingga jam 12 tengah hari.

Dalam laporan media yang disiarkan Ahad lalu, dua lelaki yang cuba menahan polis daripada menyuraikan perhimpunan tersebut telah ditahan polis.

Azmin pula menjelaskan, majlis itu yang diadakan di dalam kompaun pusat khidmat ahli parlimen Gombak adalah sah dan tidak patut diganggu oleh pihak polis.

Surendran yang bertindak sebagai peguam Azmin berkata, mereka sedang melihat kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas 16 pegawai polis yang bertindak menyuraikan orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut malam itu.

Mereka juga bercadang untuk menyaman Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Penolong Komisioner Amiruddin Jamaluddin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan