Tak Perlu Sensasikan Pengunduran Ketua Wira Perkasa - Ibrahim Ali

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan tindakan Arman Azha Abu Hanifah meletakan jawatan sebagai Ketua Wira berkuat-kuasa serta merta adalah perkara biasa yang tidak perlu disensasikan.

Menurutnya, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin dan ahli pertubuhan itu berjuang secara sukarela dan bebas untuk meletak jawatan.

"Peletakan jawatan Arman adalah perkara biasa, saya ucap terima kasih atas sumbangannya selama ini.

"Perkasa adalah sebuah NGO dan semua berjuang secara sukarela. Cuma hebat sungguh Perkasa sekarang sehingga peletakan jawatan juga menjadi minat media," katanya kepada mStar Online di sini Selasa.

Sebelum itu, Ketua Wirawati, Raihan Sulaiman Palestine turut meletakkan jawatan.

Selain itu Ibrahim berkata, Arman terlebih dahulu telah memaklumkan hasratnya itu sebelum pengumuman mengenai pengunduran itu dibuat kepada media.

"Arman sudah maklumkan kepada saya, beliau nyatakan mahu tumpu kepada aktiviti Pemuda Umno di bahagiannya," katanya.

Arman Azha yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara (PJU) mengumumkan hasratnya meletak jawatan sebagai Ketua Wira Perkasa dalam satu sidang media tergemparnya di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun beliau kekal sebagai ahli seumur hidup Perkasa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan