Syarikat Menang Anugerah JKR Dipilih Baik Pulih Bangunan Parlimen - Shaziman

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Trans Resources Corporation Sdn Bhd dipilih secara kontrak terus menjalankan kerja membaik pulih bangunan Parlimen kerana ia diyakini dapat memberikan perkhidmatan terbaik, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

"Syarikat ini merupakan syarikat yang menang anugerah terbaik JKR bagi 2010. Maknanya saya bimbang sekiranya syarikat yang dilantik lain nanti tidak mampu.

"Kita hanya mahu memastikan syarikat terbaik bagi kategori projek-projek besar di atas RM30 juta," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang ingin tahu kenapa kementerian itu memberikan kontrak berkenaan kepada sebuah syarikat tanpa melalui proses tender terbuka.

Kepada soalan asal Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), Shaziman berkata jemaah menteri bersetuju supaya Jabatan Kerja Raya segera melaksanakan projek mengubah suai Dewan Serbaguna Parlimen menjadi tempat persidangan sementara bagi Dewan Negara dan Dewan Rakyat selain membina blok pejabat Anggota Parlimen dan kemudahan 1,000 petak letak kereta.

Sim bertanya mengenai kos membaik pulih, menaik taraf bangunan dan kemudahan-kemudahan asas bagi bangunan Parlimen dari tahun 2001 hingga 2010 dan jenis projek yang telah dilaksanakan serta jumlah peruntukan yang disediakan dalam Rancangan Malaysia ke-10 bagi tujuan yang sama.

Shaziman berkata, kerajaan telah membelanjakan lebih RM100 juta untuk kerja pengubahsuaian dan penambaikan bangunan Parlimen sejak 2005.

Beliau menjelaska, skop kerja pengubahsuaian dan penambaikan itu termasuk hiasan dalaman oleh JKR pada 2005 dengan kos RM91 juta dan penggantian lapisan kalis air bumbung rata di Blok Dewan Parlimen dengan kos RM9.5 juta pada 2007.

Katanya, susulan beberapa insiden kerosakan dan kebocoran, JKR juga melaksanakan kerja penyelenggaran termasuk membaik pulih kawasan bumbung kafeteria pada akhir November tahun lepas.

"Laporan mengenai kajian terperinci tahap kerosakan di bangunan Parlimen telah dibentangkan kepada jemaah menteri pada 12 Mei tahun lepas yang antara kerosakan serta kecacatan yang ditemui ialah keretakan dan kemerosotan ketahanan pada panel permukaan akibat faktor hakisan, kemerosotan tahap kekuatan dan ketahanan struktur konkrit serta sistem elektrikal dan mekanikal yang telah usang dan perlu diganti," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan