SPR: Hanya Parti Bertanding Boleh Pasang Poster, Bendera

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Hanya calon parti yang bertanding pada pilihan raya Sarawak 16 April ini sahaja yang dibenarkan memasang logo, bendera serta sepanduk di kawasan yang ditandingi mereka, demikian ditegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata parti yang tidak bertanding tidak boleh mengambil kesempatan memasang logo dan bendera parti mereka bersama-sama parti bertanding.

"Hanya calon parti yang bertanding membayar deposit bagi pemasangan poster, banner (sepanduk) dan bendera. Oleh itu, parti lain tidak boleh sewenang wenangnya tumpang pasang bahan kempen," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya Zon Sibu di sini.

Sebagai contoh, beliau berkata sekiranya calon DAP bertanding di satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tidak dibenarkan memasang bendera, poster serta sepanduk masing-masing walaupun dalam satu pakatan pembangkang.

"Hanya sekiranya di kalangan parti itu, mereka turut bertanding dan meletakkan calon mereka. Bagaimanapun, sekiranya calon parti yang bertanding hendak letak gambar pemimpin mereka di samping poster calon, itu tidak menjadi masalah," katanya. LAGI

"Sebagai contoh, katakan calon DAP bertanding di kawasan itu, selain poster calon DAP, mereka hendak letak poster Lim Kit Siang (pemimpin veteran DAP), itu dibenarkan, tetapi mereka tidak boleh letak poster Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali PKR turut bertanding di kawasan yang sama," katanya.

Mengenai rayuan Parti Cinta Malaysia (PCM) memohon dibenarkan menggunakan logo parti mereka dalam pilihan negeri kali ini, Wan Ahmad berkata SPR akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk meneliti rayuan berkenaan.

PCM telah mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai sebuah parti politik tetapi tidak mendaftarkan logo parti mereka dengan SPR bagi membolehkan parti itu menggunakan logo mereka dalam mana-mana pilihan raya.

Pada pilihan raya negeri 2006, calon PCM bertanding di kerusi Ngemah sebagai calon bebas. Calonnya Gabriel Adit AK Demong, yang merupakan penyandang kerusi mengalahkan calon BN daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Wan Ahmad turut meminta mereka yang berminat untuk bertanding pada pilihan raya negeri kali ini mendapatkan set borang pencalonan awal dan tidak menunggu sehingga ke saat-saat akhir.

"Banyak borang set pencalonan boleh didapati di pejabat SPR Negeri. Selain itu, mereka juga boleh beli set borang pencalonan daripada pegawai pengurus pilihan raya kawasan masing-masing. Jangan tunggu saat-saat akhir dan salahkan SPR, kata tak cukup borang," katanya.

Penamaan calon pilihan raya negeri ke-10 ini ditetapkan pada 6 April manakala hari pengundian diadakan pada 16 April.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan