PAS Kelantan Kekal Pengharaman 'Big Sweep'

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan PAS Kelantan mengekalkan pengharaman penjualan tiket loteri 'Big Sweep' manakala MCA tetap berkeras mahu membawa perkara itu ke mahkamah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan pada Isnin mengumumkan pengharaman itu akan diteruskan selepas Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Azlan Abdul Halim mendapati kerajaan negeri tidak melanggar sebarang undang-undang untuk melaksanakan peraturan itu.

Namun Anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Ti Lian Ker berkata, parti itu bersedia untuk membawa kerajaan negeri ke mahkamah manakala Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok meminta PAS supaya menghormati undang-undang persekutuan.

Ti berkata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan mengetuai delegasi untuk bertemu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 3 April depan.

Pengharaman loteri itu menimbulkan kemarahan komuniti Cina dan MCA.

Sementara itu, pengerusi DAP, Karpal Singh memberitahu Azlan supaya mendapatkan nasihat daripada peguam negara.

Karpal menegaskan penjualan tiket loteri tidak menyalahi undang-undang.

"Hakikatnya, perkara itu dibawah Undang-Undang Persekutuan dan undang-undang itu tidak mengharamkan penjualan tiket loteri," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan