Loji Radioaktif: Liow Minta Pihak Berkuasa Jelaskan Pada Rakyat Sebelum Beri Lesen

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi MCA Pahang, Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta pihak yang berkaitan memberi penjelasan kepada penduduk mengenai aspek keselamatan loji pemprosesan logam radioaktif 'rare earth' sebelum lesen dikeluarkan kepada Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan penduduk di kawasan sekitar tapak loji, terutamanya di Gebeng, Pahang mendapat jaminan keselamatan.

"Siapa saja yang berkuasa - LPTA (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom), kerajaan pusat, kerajaan negeri - sebelum keluarkan lesen mereka mesti beri penjelasan terperinci kepada umum.

"Ini supaya orang ramai tahu keadaan sebenar, tahu keselamatan mereka dijaga dan loji itu selamat. Kemudian barulah lesen itu dikeluarkan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, di sini, Rabu.

Liow yang juga Menteri Kesihatan diminta mengulas kebimbangan penduduk kawasan Kuantan mengenai operasi loji tersebut.

Terdahulu, beliau bersama wakil Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Pahang serta Gabungan Persatuan Cina Pahang menemui Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bagi menyerahkan memorandum meminta kementerian itu menjelaskan kepada penduduk berhubung perkara tersebut.

Liow turut meminta agar proses pemberian lesen dijalankan secara telus agar semua pihak mendapat maklumat yang jelas berhubung status loji.

Sementara itu, dalam satu kenyataan selepas pertemuan itu hari ini, Ongkili berkata kementeriannya akan mengadakan satu taklimat khas kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota exco mengenai perkara tersebut di Bentong, esok.

Beliau juga menegaskan kementeriannya telah mengadakan penerangan awam mengenai projek sejak 2009.

Loji itu adalah pelaburan Lynas Corp Australia yang menubuhkan Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd bagi membina kilang memproses bahan nadir bumi yang digunakan untuk menghasilkan bahan mula bagi pembuatan produk berteknologi tinggi.

Pelaburan membabitkan nilai hampir RM700 juta itu diluluskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia pada 12 November 2007.

Projek itu juga memerlukan kelulusan kerajaan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (DOSH) dan LPTA, serta melibatkan enam lesen kesemuanya.

Tiga daripada lesen ini adalah mengenai keselamatan radiologi di bawah LPTA iaitu Lesen Penempatan Tapak, Lesen Pembinaan dan Lesen Pengendalian.

Mengenai kebimbangan orang awam akan sisa radioaktif projek itu, Ongkili berkata Laporan Impak Radiologi LPTA menunjukkan paras sinaran radioaktif daripada sisa yang akan dihasilkan adalah di bawah had dibenarkan oleh LPTA dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

"Sehingga kini, fakta sains menunjukkan tiada sebarang kesan diketahui yang diakibatkan oleh sinaran radioaktif semula jadi daripada sisa tersebut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan