Zaid Ibrahim Desak Pengesahan Ketulenan Video Seks Dipercepat

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Kerajaan perlu mempercepatkan siasatan mengenai ketulenan video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang wanita yang dipercayai pelacur.

Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim berkata, kerajaan harus mempercepatkan siasatan itu kerana ia akan memberi impak buruk kepada kepimpinan dan negara.

Zaid turut menyarankan supaya kerajaan mendapatkan bantuan luar untuk memastikan ketulenan video terbabit.

Beliau berkata, jika isu itu dibiarkan terlalu lama ia adalah tidak adil kepada Anwar.

"Dari apa yang saya lihat ia seolah-olah Anwar, kata hati juga mengatakan ia kelihatan seperti Anwar dan saya rasa itu adalah beliau. Saya yakin dengan apa yang dilihat.

"Ini adalah mengikut pandangan saya tetapi biarlah video itu disahkan oleh pakar untuk menentukan ketulenannya," katanya selepas merasmikan ibu pejabat Kita di Taman Tunku Haminah, Kedah di sini pada Jumaat.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan beberapa bekas ahli PKR turut hadir pada upacara itu.

Dalam pada itu, Zaid mengakui telah menonton video itu semasa tayangan untuk media di Carcosa Seri Negara pada Isnin tetapi berkata dia tidak mengetahui mengapa wakil media yang terpilih turut diundang untuk menonton video itu.

Ketika ditanya mengapa beliau bersetuju menonton video itu walaupun tahu ia adalah satu kesalahan jenayah memandangkan beliau seorang peguam, Zaid berkata, dia menganggap video itu sebagai dokumentari dan bukan pornografi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan