Pilihan Raya DUN Sarawak: SPR Kenal Pasti 9 Kawasan Panas

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenal pasti sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka sengit pada pilihan raya negeri Sarawak bulan depan, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata kawasan tersebut adalah Pantai Damai, Kota Sentosa, Batu Kawa, Kedup, Repok, Palawan, Nangka serta Balingian, yang bakal dipertahankan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Kita mengambil keputusan untuk berbuat demikian setelah mengambil kira pengalaman lepas di mana kempen dijangka sengit yang memerlukan pemantauan yang lebih teliti," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Wan Ahmad berkata, SPR akan menubuhkan 80 pasukan pemantau kempen pilihan raya kali ini dengan dua pasukan pemantau dikerahkan di sembilan kawasan panas tersebut.

Katanya pasukan itu akan diketuai oleh seorang pegawai SPR, dibantu oleh pegawai polis berpangkat Inspektor, pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan disertai oleh wakil parti-parti politik yang bertanding. Menurut Wan Ahmad, pasukan tersebut akan menumpukan kepada perkara yang berkaitan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 seperti tindakan menggantung poster oleh parti yang tidak bertanding, kempen berbentuk provokasi yang menyentuh sensitiviti kaum.

"Mereka diberi kuasa untuk buat pemantauan dan membuat tindakan penguatkuasaan bila mana perlu dan ketua pasukan diberi kuasa untuk buat keputusan selepas berunding dengan pasukannya," katanya.

Ditanya mengenai Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Wan Ahmad berkata badan tersebut hanya sebuah Bpertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR untuk tujuan pemantauan sahaja.

"Tugas mereka (Mafrel) hanyalah melihat, memantau dan catat apa saja dan beri maklumbalas kepada SPR," katanya.

Menurut Wan Ahmad, SPR tidak akan melantik lagi NGO lain yang berminat untuk memantau PRN Sarawak, tetapi jika mereka masih berminat, mereka haruslah merujuk kepada Mafrel secara terus. Mengenai jangkaan peratusan mengundi pada pilihan raya ini, Wan Ahmad berkata, pihaknya optimis peratusan mengundi lebih tinggi berbanding pilihan raya sebelumnya berdasarkan kesedaran rakyat yang meningkat mengenai hak mengundi.

"Kita juga mengharapkan cuaca baik pada hari mengundi," katanya.

SPR menetapkan hari penamaan calon pada 6 April manakala hari pengundian 16 April.

Sebelum DUN dibubarkan, Barisan Nasional (BN) menguasai 63 daripada 71 kerusi dengan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 12 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi. Parti pembangkang, DAP memenangi enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan