Pengharaman Loteri Di Kelantan Tindakan Terburu-buru - Tengku Razaleigh

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan langkah kerajaan PAS Kelantan mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan sebagai tindakan terburu-buru.

"Kerajaan PAS Kelantan tidak sewajarnya bertindak secara keterlaluan kerana perjudian seperti itu adalah minat kaum Cina di Kelantan atau di mana-mana sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Umno cawangan Chalil, dekat sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 17 Mac lalu yang meminta Penasihat Undang-Undang Negeri mengkaji semula pengharaman loteri 'big sweep' di negeri itu.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyerbu dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri itu bulan lepas.

DAP dan MCA membantah tindakan berkenaan dengan alasan ia bertentangan dengan perlembagaan negara yang membenarkan loteri kebajikan untuk bukan Islam.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata, setiap tindakan yang hendak diambil oleh kerajaan negeri itu hendaklah mengambil kira kepentingan kaum lain.

"Kita tidak menafikan fatwa yang dikeluarkan itu berdasarkan kepentingan agama Islam tetapi pada masa yang sama, kita harus melihat kepentingan kaum lain mengikut undang-undang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan