Hishammuddin Akan Saman Anwar

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memfailkan saman terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan beliau dalam kes video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, Isnin lepas.

Berikutan itu, Hishammuddin hari ini telah melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap ketua pembangkang terbabit.

Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri, dakwaan Anwar bahawa Hishammuddin adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baiknya sebagai menteri.

Kata sumber itu, tindakan undang-undang itu diambil bagi membersihkan nama Hishammuddin.

Anwar dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan