GTP Capai Sasaran Ditetapkan

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah mencapai kejayaan di luar jangkaan selepas setiap Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mencapai sasaran yang ditetapkan, kata Jawatankuasa Penilaian Prestasi Antarabangsa.

Menurut Laporan Tahunan GTP 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM), jawatankuasa itu dianggotai individu dari pelbagai latar belakang dan kepakaran yang berbeza di peringkat antarabangsa.

Maklum balas yang diterima daripada mereka ialah GTP telah mendorong transformasi sebenar yang boleh dan akan dialami oleh rakyat pada masa depan dan kerajaan telah mencapai sasaran hebat pada tahun pertama GTP - penyampaian(keberhasilan besar yang pantas) sejak mula lagi.

Jawatankuasa itu berpendapat kejayaan itu menunjukkan petanda yang memberangsangkan untuk masa depan dan penglibatan tinggi orang ramai semasa perumusan NKRA dan Petunjuk Prestasi Utama Negara(NKPI) dibuat, pemerolehan idea dan input melalui kaedah yang inovatif termasuk khidmat pesanan ringkas (sms) merupakan ciri GTP yang ketara.

Mereka juga memuji pewujudan sistem pemantauan dan penilaian kemajuan di semua peringkat di sektor kerajaan termasuk di peringkat Perdana Menteri serta memberi ulasan yang positif kepada NKRA dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar, isi rumah berpendapatan rendah, membanteras rasuah dan mengurangkan jenayah.

Seorang pakar dalam Amalan Sektor Awam Global dari firma McKinsey Eropah Sir Micheal Barber berkata keseluruhan GTP mencatatkan kejayaan besar dengan NKRA mengurangkan jenayah menunjukkan pencapaian yang paling ketara.

"Angka-angka yang dihasilkan sangat mengagumkan dan layak dikategorikan sebagai Keberhasilan Besar yang Pantas. Saya perlu mengatakan bahawa saya belum pernah melihat kemajuan seperti ini (kejayaan GTP) dicapai sebegini pantas.

"Meskipun GTP telah membawa kejayaan awal, adalah baik jika anda tidak terlalu cepat mengisytiharkan kejayaan kerana tanggungjawab anda masih belum selesai, melangkah ke hadapan bermakna wujud keperluan untuk memastikan usaha berterusan, mengekalkan tumpuan, menetapkan sasaran yang tinggi, GTP bersifat mendalam dan bukannya meluas," katanya.

Pengasas bersama Transparency International Micheal Hershman berkata pencapaian cemerlang itu seharusnya tidak membuatkan kerajaan lalai dan terbuai dengan sikap berpuas hati sahaja kerana masih banyak ruang dan perkara yang perlu diperbaiki.

"Adalah penting untuk mengekalkan usaha dengan memberikan tumpuan terhadap bidang-bidang yang tidak memenuhi objektif dan merupakan proses pengesahan bebas yang telah dilaksanakan.

"Ini merupakan satu-satunya cara untuk memastikan data yang dikumpul benar-benar sahih dan yang lebih penting, untuk meyakinkan rakyat bahawa transformasi sememangnya sedang berlaku," katanya.

Beliau berkata tumpuan terhadap persepsi adalah penting untuk NKRA Membanteras Rasuah tetapi kerajaan harus menangani rintangan seperti penggunaan pengakuan di mahkamah.

Hershman berkata perancangan yang lebih baik untuk NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar akan membantu mengelakkan sasaran tidak kesampaian seperti kekurangan bekalan air yang dirawat dan air paip ke rumah di kawasan luar bandar.

Terdapat banyak amalan terbaik yang boleh dikongsi, katanya, namun beliau lebih suka melihat Malaysia meneruskan pendekatannya yang luar biasa dan sekiranya kerajaan dapat melakukannya maka orang lain (negara-negara lain) akan menjadikannya sebagai teladan.

Pesuruhjaya Perkhidmatan Awam Australia Stephen Sedgwick pula berkata perkhidmatan awam harus dilihat sebagai bertindak balas terhadap agenda GTP dan juga rakyat.

"Cabaran kerajaan adalah untuk menterjemahkan momentum dan idea-idea ini ke dalam pembaikan sebenar dengan membiasakan mereka dengan budaya perkhidmatan awam. Ini akan menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia adalah serius untuk membawa pembaikan.

"Perkara lain yang perlu diberikan perhatian ialah mempermudahkan peraturan dan menambah baik iklim perniagaan di Malaysia. Hal yang demikian akan membantu mencegah peluang untuk rasuah dan sebaliknya menggalakkan ketelusan yang lebih tinggi dalam amalan perniagaan," katanya.

Sedgwick berkata kerajaan juga harus memberi perhatian mengenai usaha untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan di Malaysia kerana langkah tersebut akan mempunyai kesan segera serta mengagumkan terhadap GTP dan juga Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Singapura Ravi Balakrishnan berkata Malaysia mempertimbang untuk mencontohi pengangkutan awam seperti Delhi Metro di India yang merupakan sistem transit aliran massa bandar yang berjaya.

"Kerajaan juga boleh memilih untuk menggabungkan beberapa amalan yang terbaik daripada Bolivia yang telah terbukti berjaya dalam mikro kewangan kepada golongan miskin di luar bandar," katanya.

Beliau berkata ciri-ciri utama GTP yang patut dipuji ialah agendanya yang memacu transformasi dengan menyampaikan keberhasilan besar yang pantas, sejak mula lagi pendekatan yang tepat telah diambil sebagaimana dapat dilihat melalui proses perundingan dengan orang awam, komunikasi terbuka dengan mereka sepanjang tahun.

Katanya penggunaan makmal untuk memanfaatkan tenaga pakar untuk mencapai penyelesaian serta jawapan bagi setiap NKRA.

Hasil GTP amat mengagumkan pada tahun pertama dan kunci demi memastikan kejayaannya pada masa depan adalah kerajaan perlu mengekalkan usaha pembaharuan dan konsensus politik yang mendasarinya.

Secara kolektif, anggota jawatankuasa penilai itu mencadangkan lapan perkara bagi memastikan GTP berjaya pada masa depan iaitu:

* Memastikan penyampaian sektor awam yang mampan

* Memastikan Semangat Tranformasi diperturunkan ke segenap Sektor Awam

* Berinovasi secara berterusan dalan konteks Malaysia yang unik

* Mewujudkan bajet fiskal yang mampan

* Menjajarkan sasaran yang boleh dijangka dengan matlamat utama

* Memastikan integriti data

* Mengurangkan tahap birokrasi untuk membendung rasuah

* Meningkatkan kemampanan melalui penilaian keupayaan - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan