Serah Salinan Video Seks Kepada Karpal

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, perlu menyerahkan salinan video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada kepimpinan pembangkang yang lain termasuk Presiden DAP Karpal Singh.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim berkata Karpal Singh dan sekutunya perlu menonton video berkenaan bagi mendapatkan testimoni yang konsisten berhubung perlakuan sumbang pihak yang terlibat dalam rakaman tersebut.

"Kita juga mahu tahu apakah tindakan susulan Karpal (Singh) dan sekutunya selepas menonton video tersebut...adakah dia sebagai peguam Anwar akan tetap mempertahankan Anwar atau sebaliknya jika terbukti Anwar terlibat.

"Dari situ kita boleh menilai tahap moral pemimpin-pemimpin pembangkang ini yang sebelum ini lantang mengkritik perlakuan sumbang pihak lain yang kononnya terlibat dalam perlakuan tidak bermoral," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Ahad.

Beliau berkata, kepimpinan pembangkang juga perlu menerima keputusan jika Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat ketulenan pita rakaman seksual tersebut.

Beliau berkata ia perlu bagi mencari keadilan, khususnya kepada rakyat dan penyokong mereka, yang ingin tahu sama ada pemimpin yang mereka sokong selama ini terlibat atau tidak dalam perlakuan tidak bermoral tersebut.

"Saya hairan kenapa mereka tidak setuju sekiranya Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat keaslian video tersebut ditubuhkan sedangkan ramai daripada mereka yang tak tengok lagi pun...saya sendiri pun belum tengok, jadi kita tak boleh nak tahu sama ada betul atau tidak Anwar terlibat.

"Keputusan ini (penubuhan suruhanjaya) adalah menyamai dengan apa yang berlaku ketika kes pita video V.K Lingam di mana satu suruhanjaya ditubuhkan bagi mencari kebenaran di sebalik cerita dalam pita tersebut, itu yang kita mahukan," katanya.

Pada satu sidang akhbar lewat petang Rabu lepas, Rahim mengakui bahawa beliau adalah salah seorang daripada tiga yang bertanggung jawab untuk menayangkan video itu yang didakwa melibatkan Anwar dan seorang pelacur berbangsa asing kepada wakil media terpilih di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

Anwar kemudiannya menafikan penglibatan beliau dan membuat laporan polis berhubung penayangan dan penyebaran video tersebut yang dianggap satu lagi konspirasi menjatuhkan karier politik dan maruah keluarganya.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan