Salsidu Dilantik Setiausaha Agung USBO

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) pada Ahad menyusun semula jawatankuasa dengan melantik Salsidu Ibrahim sebagai Setiausaha Agung yang baru, berkuatkuasa serta merta.

Selain itu, Dr Liddy Sallun pula dilantik sebagai Ketua Penerangan dan Jemil Sidah sebagai Bendahari Agung.

Pelantikan dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Usbo yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Salleh Tun Said, di sini.

Mesyuarat itu yang pertama diadakan selepas mesyuarat agung minggu lepas.

Salleh berkata penyusunan semula dibuat dengan mengambil kira peranan Usbo sebagai badan bukan kerajaan (NGO).

"Pelantikan dibuat bagi memenuhi keperluan semasa dan supaya Usbo dapat bersama-sama menyumbang kepada proses pembangunan," katanya.

Menurutnya, mesyuarat itu turut menubuhkan 25 badan penyelaras kawasan bagi memperkasakan perjuangan.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan