Lagi Mangsa Banjir Kerian Dipindahkan

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebanyak 31 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Daerah Kerian malam tadi menjadikan kesemuanya 289 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sejak kawasan berkenaan dilanda banjir sejak seminggu lepas.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Daerah Kerian berkata semalam hanya 258 mangsa masih berada di pusat-pusat pemindahan apabila lebih 200 mangsa dibenarkan kembali ke rumah mereka.

Beliau berkata bagaimanapun beberapa kawasan dinaiki air malam tadi menyebabkan 31 penduduk terbabit terpaksa dipindahkan.

"Kesemua mereka adalah penduduk Kampung Batu 40 Jalan Bukit Merah. Kesemua mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah keadaan selamat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Ahad.

Menurutnya, kesemua mangsa kini berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Merah dan SK Alor Pongsu. Paras air di kawasan terbabit masih sekitar antara 0.5 meter hingga 1 meter.

Banjir melanda kawasan terbabit ekoran langkah melepaskan air dari empangan Bukit Merah yang berada di paras bahaya akibat hujan lebat.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini diminta menghubungi bilik gerakan di talian 05-7213723. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan