Ezam Tidak Berminat Untuk Bertanding Dalam PRU - Berita Semasa | mStar

Ezam Tidak Berminat Untuk Bertanding Dalam PRU

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANTING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Ezam Mohd Nor berkata beliau tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya beliau akan menolak sekiranya ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Ini kerana, katanya beliau sudah serik dengan senario politik semasa yang dilihat telah banyak mengikis nilai moral manusia.

"Sehingga hari ini saya tidak ada perancangan ke arah itu (bertanding), bagaimanapun walaupun tidak bertanding saya akan tetap berjuang dan berusaha sedaya upaya membantu BN melawan mereka (pembangkang) dan membantu merampas kembali Selangor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Bugis dan Mesyuarat Agung Kelima Persatuan Kebajikan Pekerja Bugis Sabah (PKPBS) di sini Ahad.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuala Langat Datuk Sulaiman Karli.- BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan