Belia Bersama BN Sebab Tahu Pembangkang Gagal - Shabery

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ASAJAYA: Golongan belia kini semakin rapat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana sudah faham dan sedar bahawa pakatan pembangkang gagal untuk menyumbang perkara yang lebih baik kepada mereka, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di sini.

Ahmad Shabery berkata kejayaan dalam meraih semula sokongan belia jelas terbukti dengan kemenangan BN pada beberapa pilihan raya kecil akhir-akhir ini yang turut disokong undi daripada golongan itu.

"Pilihan raya kecil seluruh negara sejak daripada Batu Sapi, Tenang sampailah ke Kerdau dan Merlimau, semua peti undi belia sudah menunjukkan belia bawah 40 tahun berpihak kepada BN," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Karnival Belia 1Malaysia peringkat Asajaya di sini.

Katanya BN telah menunjukkan rekod yang baik dalam menyokong perkembangan dan kemajuan golongan belia khasnya dari segi pendidikan, perkembangan potensi dalam pelbagai aspek kemahiran.

Menurutnya beberapa penganjuran program belia yang dianjurkan oleh B Nselama ini jelas mendapat sambutan memberangsangkan dengan lebih banyak penyertaan golongan belia.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata penganjuran karnival belia 1Malaysia di Sarawak kali ini akan membantu kementeriannya untuk mengumpul lebih banyak maklumat dan data tentang belia yang berpotensi untuk dimajukan khasnya dalam bidang sukan, seni, budaya dan kemahiran dalam pelbagai bidang.

Katanya maklumat yang diperolehi akan dimasukkan dalam bank data kementerian agar bakat belia yang cemerlang di peringkat kampung dan daerah dapat digilap dengan lebih baik lagi.

"Karnival ini diadakan bukan semata-mata kerana Sarawak akan mengadakan pilihan raya, malah program ini sebenarnya kita sudah rancang dari tahun lalu dan telahpun bermula sejak hujung tahun lepas," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan