Bekalan Air Dan Elekrik Pulih Di Loji Fukushima:MOSTI

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekalan air bersih sudah mula digunakan bagi menyejukkan reaktor di unit 1, 2 dan 3 Loji Nuklear Fukushima Daiichi di Jepun bagi menggantikan penggunaan sementara air laut sebelum ini.

Menteri Sains Teknoloji dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memaklumkan penggunaan air bersih untuk penyejukan reaktor adalah lebih baik kerana kurang benda asing dan kurang menghakis.

Selain bekalan air bersih, katanya peralatan di semua reaktor berkenaan juga mula berfungsi selepas bekalan tenaga elektrik dipulihkan di ketiga-tiga bangunan di loji berkenaan.

Dalam kenyataan di sini Ahad, Ongkili berkata pihak berkuasa Jepun kini meneruskan usaha memantau alam sekitar dan produk pertanian daripada paras bahan radiasi berbahaya dari loji berkenaan.

"Sampel air laut diambil dari lokasi pelepasan loji nuklear itu menunjukkan terdapat sedikit peningkatan kepekatan radionuklid bahan Iodin-131 dari bacaan sebelumnya.

"Ia dikenal pasti pada jarak kira-kira 23 hingga 97 kilometer dari Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi tetapi paras itu masih berada di paras normal," katanya.

Ongkili berkata bahan Iodin-131 dikesan dalam susu dari daerah Ibaraki dan Tochigi tetapi masih berada di bawah had yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Jepun.

"Bahan itu hanya melebihi had pada sayur-sayuran seperti bayam manakala bagi sampel air paip pula, hanya air paip di Tochigi dikesan wujudnya Iodin-131 melebihi paras yang dibenarkan," katanya.

Menurutnya sejak semalam pencemaran bahan radioaktif dari loji itu adalah di persekitaran negara Jepun dan Lautan Pasifik berdekatan sahaja.

Katanya sehingga hari ini, pemantauan terhadap penumpang dan anak kapal dari 56 penerbangan dari Jepun ke Malaysia mendapati tiada kadar dedahan radiasi melebihi paras normal dikesan.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan