Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Dijangka Hingga Selasa

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori kedua diramal berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan sehingga Selasa depan.

Menurut kenyataan di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari ini, keadaan angin berkelajuan 50 hingga 60 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

JMM turut memberi amaran angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori pertama berkelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Sarawak (Miri), Sabah (Pantai Barat, Kudat dan Sandakan), Wilayah Persektuan Labuan, perairan laut Samui dan Sulu, yang dijangka berterusan sehingga Selasa ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan