TUDM Harap Peroleh Sistem Kawalan Dan Amaran Udara - PTU

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih berharap untuk mendapatkan Sistem Kawalan dan Amaran Udara bagi memastikan kedaulatan ruang angkasa negara terjamin secara maksimum.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, walaupun pemilikan aset berkenaan membabitkan perbelanjaan yang sangat besar, namun TUDM memerlukannya bagi melengkapkan sistem pengawalan ruang udara. "Ruang masih ada lagi dalam hal pengawalan ruang angkasa, aset seperti ini akan melengkapkan pengawalan dan menentukan pengurusan ruang angkasa dapat dilaksanakan sepenuhnya.

"Aset ini dah tunggu sejak RMK-7 (Rancangan Malaysia Ketujuh) dan dalam RMK-10 juga masih ada lagi keperluan untuk aset sebegini ," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sayap Penerbangan di Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pada masa kini TUDM hanya memiliki radar bumi dan kawalan darat dalam sistem pengawalan ruang udara negara.

Selain itu Rodzali berkata, dengan pemilikan aset-aset seperti helikopter Eurocopter (EC725) bermula pada 2013 dan pesawat pengangkut strategik, Airbus A400M pada 2015, ia akan meningkatkan kewibawaan TUDM.

"Setakat ini proses pemilikan aset-aset berkenaan berjalan dengan baik mengikut perancangan dan aset sebegini memang dinanti-nantikan.

"Namun pemilikan aset ini bukanlah untuk menggantikan sepenuhnya pesawat lama, sebaliknya ia akan melengkapkan pesawat sedia ada seperti Nuri," katanya.

Rodzali berkata untuk menggantikan Nuri, TUDM memerlukan 27 pesawat E725, sebaliknya menjelang 2014 hanya 12 pesawat berkenaan akan diterima.

Terdahulu, beliau menyampaikan sayap penerbangan kepada 43 pelatih KTU termasuk dari Kursus Asas Penerbangan Siri 72, Kursus Asas Helikopter Siri 52/10, Kursus Asas Jurutera Penerbangan Siri 01/09 dan Kursus Asas Jurumalim Siri 01/09. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan