Semua Rakyat Malaysia Selamat Dalam Kejadian Gempa Bumi Di Myanmar

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua warga Malaysia di Myanmar dilaporkan selamat dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter yang melanda bahagian timur utara negara itu, Khamis lepas.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Sabtu berkata belum ada sebarang laporan kecederaan membabitkan rakyat Malaysia diterima setakat ini.

Katanya Kedutaan Malaysia di Yangon sentiasa memantau situasi di sana dan telah menghubungi rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan bagi memastikan keselamatan mereka di negara itu.

"Pihak kedutaan juga mengadakan hubungan rapat dengan pihak berkuasa Myanmar bagi memperoleh maklumat terkini dan khidmat nasihat mengenai perkembangan di sana.

Kementerian Luar telah membuka Bilik Gerakan bagi membolehkan orang awam mendapatkan maklumat mengenai keadaan terkini di kawasan yang terjejas akibat gempa bumi itu.

Nombor telefon yang boleh dihubungi di Wisma Putra di Putrajaya ialah 03-88874570, 03-88874770, 03-88892746 dan 03-88892830 manakala kedutaan Malaysia di Myanmar boleh dihubungi dengan menelefon 00-951-220230/220248/49/51.

Sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dan ratusan lagi hilang tempat tinggal di dua bandar berdekatan dengan pusat gempa di Tarlay dan Kengtung, kira-kira 1,150km dari Yangon.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan