Rumah Panjang Terbakar, 27 Keluarga Hilang Tempat Tinggal

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Sebuah rumah panjang Iban Rh. Bala anak Angan, di Sungai Buloh, kira-kira 3 km dari bandar Selangau di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi, menyebabkan 27 keluarga hilang tempat tinggal.

Dalam kejadian yang berlaku pada 8 pagi itu, seorang lelaki berusia 60 tahun mengalami kecederaan apabila cuba menyelamatkan barangannya dan kini dirawat di Hospital Sibu.

Joseph Mauh Ikeh, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin sebelum pembubaran DUN pada Isnin lepas untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke-10, apabila dihubungi Bernama berkata beliau dimaklumkan mengenai kebakaran itu ketika dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah majlis berhampiran SMK Balingian.

Katanya dalam tempoh setengah jam keseluruhan rumah panjang itu musnah dijilat api yang dipercayai bermula dari bahagian dapur.

Mauh berkata beliau telah memberi RM1,000 bagi setiap keluarga dan menambah peruntukan RM7,000 lagi daripada tabung Projek Kecil Luar Bandar untuk membeli makanan dan barang-barang keperluan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan