Najib Bangga Jumpa Sahabat Facebook Secara Bersemuka

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sejumlah 610,000 rakan dalam Facebook beliau dan bilangan itu masih bertambah.

Bercakap kepada 150 rakan Facebooknya dari Johor di sebuah hotel di sini Sabtu, Perdana Menteri memberitahu mereka bahawa pertemuan secara bersemuka dengan mereka adalah lebih elok daripada hanya sembang dalam talian.

"Rakyat Malaysia berada dalam ranking amat tinggi dalam jaringan sosial dan sebagai Perdana Menteri, saya dapati komen anda adalah berguna dalam membantu saya membuat keputusan untuk kebaikan negara," katanya.

Najib berkata sesi perjumpaan itu adalah kali keempat beliau menemui rakan online secara peribadi selepas dua kali di Putrajaya dan sekali di Kuching, Sarawak.

"Namun saya tahu tidak ramai yang boleh menghadiri perjumpaan seperti ini memandangkan saya mempunyai lebih 610,000 sahabat dalam Facebook. Saya amat berminat untuk berjumpa semua secara peribadi tetapi ianya sukar," katanya.

Najib juga menjawab soalan daripada peminatnya dan antara solan yang diajukan mengenai peningkatan kos makanan, kenapa beliau masuk jaringan sosial dan adakah Hospital Sultanah Aminah di Johor Baru akan dinaiktaraf.

Beliau mengingatkan peminatnya bahawa sebagai pemimpin beliau perlu mengetahui perkembangan terkini dan jaringan sosial merupakan salah satu alat untuk berkomunikasi secara berkesan dengan rakyat.

"Jika tidak, saya akan ketinggalan akhirnya," katanya.

Najib meminta rakan onlinenya supaya bekerja sama dengannya dalam mengharungi perjalanan yang akan membawa Malaysia ke arah mencapai status negara maju dengan berpendapatan tinggi dan peluang seimbang bagi semua.

Terdahulu itu, Perdana Menteri menemui rakyat dari pelbagai lapisan semasa tinjauan mesra di Jalan Stesen di sini dan mengadakan dialog dengan pemandu teksi serta pengguna pengangkutan awam di Terminal Pengangkutan Kluang di sini.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan