Mustapa Minta Kelewatan Pembinaan UKM Kampus Jeli Dipantau

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELI: Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi mengenai kelewatan menyiapkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli.

Mustapa yang juga Anggota Parlimen Jeli berkata jika pemaju terbabit gagal menyiapkan pembinaan kampus itu seperti yang dijadualkan, ia boleh menyebabkan kelewatan kemasukan staf pada Jun ini dan 800 pelajar pertamanya pada September akan datang.

Mengikut jadual kampus bernilai RM60 juta itu sepatutnya siap dalam masa dua bulan lagi.

"Justeru itu saya akan bertemu Kementerian Pengajian Tinggi untuk meminta agar proses pembinaan kampus itu dipantau," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak kampus itu di Gemang di sini, Sabtu.

Ketika ini UMK beroperasi sementara di Taman Bendahara, Kota Baharu dan selain kampus Jeli, kampus induknya pula terletak di Bachok yang juga dalam proses pembinaan.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Kementerian Pelancongan telah bersetuju memberikan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi memperindahkan lanskap Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bukit Bunga yang menghubungkan Buketa di Selatan Thailand.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan