Lulusan UES Sekolah Persendirian Cina Dipertimbang Jadi Guru Subjek Bahasa Mandarin

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekolah persendirian Cina akan dipertimbangkan untuk menjadi guru bagi mengajar subjek Bahasa Mandarin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berkata walaupun keputusan belum dibuat tetapi beliau dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju supaya lulusan UEC diberikan peluang berkenaan.

Beliau berkata keputusan itu juga atas usaha Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan menteri-menteri kabinet kaum Cina.

"Kami bersetuju supaya lulusan UEC boleh dipertimbangkan untuk mengajar Mandarin sahaja, dengan tiga kredit UEC dan syarat kredit subjek Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya ketika berucap pada perasmian bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Soon Ceng, Sungai Abong, di sini.

Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja ke bandar ini turut diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir ialah Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam dan Dr Chua.

Najib berkata pertimbangan itu dibuat bagi membuka ruang kepada lulusan UEC selain mengatasi kekurangan guru Mandarin di negara ini.

"Kita juga akan beri kursus tambahan supaya unsur sejarah dan mata pelajaran lain boleh disampaikan dalam tempoh mereka mengikuti pengajian," katanya tanpa menyebut tempoh pengajian yang harus dilalui.

"Kalau kita ambil guru luar negara tentu tidak logik dan tidak adil walhal kita ada guru di kalangan rakyat Malaysia yang boleh menjadi guru dalam Mandarin," jelasnya.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu juga menunjukkan sikap toleransi dan saling memahami antara satu sama lain di kalangan masyarakat di negara ini.

SJKC Soon Cheng diasaskan pada 1947 di Jalan Tun Salleh di sini sebelum berpindah ke lokasi sekarang pada tahun 2004 dan pada masa kini mempunyai lebih 1,000 orang murid.

Keseluruhan bangunan sekolah itu berharga RM4.8 juta dengan sebahagian besar kosnya hasil kutipan derma daripada orang ramai.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan