Leo Moggie Nafi Sebagai Orang Di Sebalik Tabir Dalam Pakatan Sulit SNAP-BN

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Bekas presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang dibubarkan, Tan Sri Leo Moggie, pada Sabtu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau adalah orang di sebalik tabir dalam pakatan sulit antara Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Barisan asional (BN).

Bekas Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia itu mengulangi bahawa beliau tidak terbabit dalam sebarang aktiviti politik sejak berundur dari bidang politik pada 2004.

"Saya keluar sama sekali dari politik sejak beberapa tahun lalu dan tetap bersara dari politik," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri mesyuarat angung tahunan kesembilan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) Sarawak di sini, Sabtu.

Moggie, yang merupakan ikon politik Dayak, berkata demikian ketika ditanya mengenai pendedahan blog Sarawak Report yang mendakwa beliau adalah individu yang ditugaskan mengatur rancangan sulit antara SNAP dan BN.

Pakatan sulit BN-SNAP itu dikatakan kononya untuk menafikan pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini dan memantapkan lagi cengkaman B Ndi Sarawak selepas pilihan raya itu.

SNAP merupakan parti pembangkang di Sarawak. Ditanya mengenai jangkaan pertandingan beberapa penjuru di kerusi majoriti kaum Dayak pada pilihan raya negeri itu, Moggie, yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), berkata secara peribadi beliau tidak suka melihat ramai orang Dayak terbabit dalam politik.

"Kadang-kadang, sekiranya kita menghabiskan banyak masa dalam politik, kita mungkin tidak mampu menumpukan kepada perkara-perkara bukan politik," kata bekas Ahli Parlimen Kanowit selama tujuh penggal dari 1974 hingga 1999 itu.

Moggie berkata rakyat perlu terbabit dalam usaha mencari nafkah dan sebab itu beliau bersara dari politik beberapa tahun lepas.

"Selepas persaraan, saya dapati sebenarnya kehidupan ini adalah lebih daripada politik sahaja," katanya dengan senyuman.

Pada 24 Jun 2003, Moggie mengumumkan peletakan jawatan presiden PBDS secara mengejut dan tindakan itu telah menyebabkan parti itu berpecah kepada dua pihak sehingga krisis kepimpinan telah menyebabkan parti itu dibatalkan pendaftaran.

Pembubaran PBDS pada 21 Oktober 2004 itu telah melahirkan parti serpihan kaum Dayak yang baru iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang dipimpin oleh bekas Ketua Penerangan PDBS, Datuk Seri Dr James Masing.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan