Banjir Di Daerah Kerian Beransur Pulih

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Keadaan banjir di Daerah Kerian beransur pulih dengan hanya 258 penduduk masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan petang ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir daerah berkata kesemua mangsa berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Merak dan SK Alor Pongsu dan akan dibenarkan pulang setelah air di kampung mereka surut.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini diminta menghubungi bilik gerakan itu di talian 05-7213723, katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pusat pemindahan banjir di SK Haji Dahalan dan Dewan Orang Ramai di Alor Pongsu ditutup sementara selepas semua mangsa yang ditempatkan di situ dibenarkan pulang sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata mangsa banjir yang dibenarkan pulang sejak petang semalam terdiri daripada penduduk Kampung Alor Setangguk.

Beliau berkata mereka yang masih berada di pusat pemindahan adalah penduduk Kampung Matang Pasir, Kampung Tanjung Bugis, Kampung Parit Simpang Lima, Batu 37 dan 38 Jalan Keretapi, Kampung Parit Abu Hasan, Parit Haji Hasan Ban, Batu 40 Jalan Bukit Merah, Parit Mat Keling, Kampung Tebuk Pancur, Kampung Parit Ayer Hitam, dan Kampung Perlis.

Lebih 500 penduduk terpaksa dipindahkan sejak beberapa hari lepas apabila kampung mereka dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga 1 meter ekoran langkah melepaskan air dari empangan Bukit Merah yang berada di paras bahaya akibat hujan lebat.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan