Siasatan Polis Untuk Kenal Pasti Siapa Di Dalam Video & Siapa Rakam - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan polis ke atas isu rakaman klip video seks yang dikatakan melibatkan pemimpin sebuah parti politik pembangkang akan menjurus ke arah mengenalpasti identiti orang yang dilihat berada di dalam rakaman tersebut dan juga mereka yang bertanggungjawab merakamkannya.

Beliau turut meminta masyarakat supaya memberi peluang kepada pihak berkuasa mengendalikan kes itu secara profesional dan terbuka.

Ismail berkata demikian ketika bercakap dengan para pemberita selepas menghadiri hari ulang tahun pasukan polis yang ke-204 di Pusat Latihan Polis(Pulapol)Jumaat.

Pada Khamis, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan usahawan Datuk Eskay Abdullah telah menyerahkan pita rakaman video tersebut berserta seutas jam tangan Omega kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Dan ketika ditanya, kenapa kedua-duanya tidak ditahan polis ketika menyerahkan video berkenaan, Ismail berkata: “Hendak tahan mereka atas kesalahan apa? Bagi tahu saya..."

Bagaimanapun, katanya, jika siasatan mendapati kesemua mereka itu terlibat dalam merakamkan adegan tersebut dan terdapat bukti yang kukuh dan sahih, polis tidak teragak-agak untuk menahan mereka.

“Biarlah polis menyiasat dan menentukan dahulu sama ada mereka ada melanggar sebarang undang-undang. Apa yang perlu dikhuatirkan kerana kita boleh menahan mereka kemudian jika ada asas untuk berbuat demikian,” ujarnya.

Sementara itu, pihak polis telah mengesahkan bahawa mereka telah menahan tiga orang berhubung kes berkenaan.

Setiausaha PDRM, Timbalan Komisioner Datuk Ghazali Md Amin, tanpa mendedahkan identiti ketiga-tiga suspek tersebut turut menjelaskan bahawa polis telah mengambil beberapa bahan bukti daripada dua orang yang ditahan itu.

Kesemua mereka bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ghazali berkata, salah seorang daripada yang ditahan itu turut mendedahkan di manakah rakaman video itu telah dilakukan.

"Dan kami telah pun menghantar pasukan forensik ke tempat yang dikatakan itu," ujarnya.

Sementara itu Rahim dan Eskay masing-masing menafikan laporan yang mengatakan mereka telah ditahan polis ketika datang memberi kenyataan pada hari Khamis.

Rahim berkata mereka tidak dimaklumkan tentang sebarang penahanan atau diminta menandatangani sebarang dokumen penahanan atau dibebaskan atas jaminan polis pada hari berkenaan.

Dalam pada itu, Bendahari Perkasa Datuk Shuaib Lazim yang juga merupakan salah seorang daripada tiga orang yang dikenali sebagai "Datuk T" - iaitu orang yang bertanggungjawab mendedahkan kewujudan pita rakaman video itu kepada media Isnin lalu, turut memberi kenyataan kepada polis pada lewat Jumaat.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan