PKR Sarawak Tidak Punya Mandat Selesai Kebuntuan Peruntukan Kerusi

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak berkata ia tidak mempunyi mandat untuk menyelesaikan kebuntuan berhubung rundingan peruntukan kerusi dalam kalangan parti pembangkang untuk menghadapi pilihan raya negeri pada 16 April.

Bagaimanapun, Ketua PKR Sarawak Baru Bian berkata kegagalan rundingan antara parti itu dengan DAP berhubung kerusi Batu Kawa, Dudong serta Piasau dan dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tentang beberapa kerusi majoriti kaum Dayak, dijangka dapat diselesaikan akhir bulan ini.

"Kami tak diberi mandat berhubung peruntukan kerusi, jadi kami kena rujuk kepada para pemimpin kami di peringkat kebangsaan, termasuk Timbalan Presiden Azmin Ali, yang dijangka membuat keputusan mengenainya menjelang 29 Mac," katanya kepada pemberita di sini.

PKR, yang kini hanya menyandang kerusi Padungan, bertelagah dengan DAP setelah gagal mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi untuk ditandingi pada rundingan di Kuala Lumpur pada Khamis.

Bian berkata PKR, yang berhasrat bertanding di 52 kawasan, juga belum memuktamadkan rundingannya mengenai pembahagian kerusi dengan SNAP, yang menyuarakan niatnya untuk bertanding di 40 kawasan majoriti kaum Dayak.

Pada sidang akhbar terdahulu, Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng berkata parti itu bersedia menyerahkan kerusi majoriti kaum Cina -- Padungan dan Senadin -- kepada PKR walaupun mempunyai cerah untuk menang di situ.

Bagaimanapun, kata beliau parti itu yang akan bertanding di 18 kawasan, tidak bersedia menyerahkan kawasan Batu Kawa, Dudong dan Piasau kepada PKR.

Lapan belas kawasan yang akan ditandingi DAP ialah Padungan, Pending, Batu Lintang, Batu Kawa, Kota Sentosa, Simanggang, Balai Ringin, Bukit Assek, Pelawan, Dudong, Bawang Assan, Repok, Meradong, Kidurong, Senadin, Piasau, Pujut dan Bukit Kota.

Sambil menyifatkan tindakan PKR menuntut untuk bertanding di tiga kawasan majoriti kaum Cina itu sebagai "sikap abang terhadap parti pembangkang terkuat di Sarawak yang tidak boleh diterima", Wong bekata pertandingan tiga penjuru tidak elok bagi pakatan DAP-PKR-PAS.

Ditanya sama ada pakatan pembangkang mampu menubuhkan kerajaan negeri akan datang, beliau berkata sekarang peluang itu tidak kelihatan, melainkan wujud satu entiti yang boleh bekerjasama untuk membentuk kerajaan.

DAP, yang memenangi enam kerusi pada pilihan raya negeri 2006, bertelagah mengenai kerusi Balai Ringin dengan SNAP, yang hanya memenangi satu kerusi melalui calon Bebas pada pilihan raya itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan