Muka Baru PBB Jadi Tumpuan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Selepas hari penamaan calon ditetapkan pada 6 April dan pengundian 16 April, spekulasi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 kini tertumpu kepada bakal calon, terutamanya muka-muka baru.

Dan yang paling menarik minat ramai adalah kemungkinan barisan calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Presiden PBB, berkata sekurang-kurangnya suku daripada calon bagi 35 kerusi yang diperuntukkan kepada parti komponen utama BN Sarawak itu adalah muka baru.

Sumber dalam parti berkata antara 10 hingga 12 muka baru bakal dicalonkan, dengan kebanyakan mereka akan bertanding di kawasan yang dimenangi PBB dengan majoriti undi kecil pada pilihan raya negeri lepas.

"Muka baru dan calon muda akan membolehkan parti menyapu bersih kerusi yang ditandingi seperti yang dicapai pada pilihan raya negeri 2006," menurut sumber PBB yang enggan dikenali.

Beberapa pemimpin muda, kebanyakan mempunyai latar belakang profesional, disebut-sebut antaranya pensyarah Universiti Darul Iman Mohammad Hailmi Sajili yang juga seorang blogger; kardiologis Hospital Serdang Dr Annuar Rapee; Ketua Penerangan Bahagian Kedup dan peguam Bernard Phillip; Timbalan Ketua Bahagian Kedup Martin Ben; penjawat awam Alex Ganyan dan pendidik Joseph Tiam.

Kemungkinan nama calon baru lain termasuk Residen Mukah Saudi Narani; Pengarah Urusan Sacofa Sdn Bhd Abang Jemat Abang Bujang; Ketua Pemuda PBB Telang Usan Dennis Ngau; bekas setiausaha politik Ketua Menteri Robertson Mawa serta dua Setiausaha Politik Ketua Menteri Tengku Geruna dan Robert Laing Anyie.

Parti itu juga dikatakan mempertimbangkan untuk mencalonkan mereka yang mempunyai kelayakan bidang agama termasuk Mufti Sarawak Kipli Yassin. Antara muka baru lain yang berkemungkinan ialah seorang guru dan komposer muzik Patrik Khamis serta Timbalan Ketua PBB Demak Jaya Dr Hazlan Hipni.

Terdapat juga cakap-cakap politik yang menyebut Anggota Parlimen Igan Datuk Wahab Dollah akan dicalonkan.

Namun, kata sumber dalaman parti itu situasi politik kini dalam keadaan tidak menentu dan ramai penyandang tidak yakin mereka akan dikekalkan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar Asfia, yang juga Speaker DUN terpaksa menyangkal spekulasi bahawa beliau antara penyandang PBB yang akan digugurkan.

Sementara ramai penyandang yang cemas sama ada mereka akan dicalonkan semula, beberapa wakil rakyat lain menyatakan hasrat untuk memberi laluan kepada muka baru.

Antara yang tidak berhasrat mempertahankan kerusi DUN masing-masing ialah Datuk Hamden Ahmad (Belawai); Datuk Bolhassan Di (Beting Maro); ADUN Sadong Jaya selama enam penggal Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi; ADUN Demak Laut dan Menteri Muda Pembangunan Industri Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen; Datuk Ambrose Belikau Enturan (Katibas) dan penyandang Saribas Dr Wahbi Junaidi.

Yang lain termasuklah wakil rakyat enam penggal Kedup Frederick Bayoi Manggie dan Lihan Jok, yang merupakan ADUN Telang Usan selama dua penggal.

Penganalisis politik menjangkakan kebanyakan muka baru dalam peringkat pertengahan umur dan mempunyai pelbagai latar belakang profesion.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak Dr Jeniri Amir menjangkakan satu barisan calon yang seimbang daripada segi umur dan latar belakang kerjaya, termasuk kaum wanita akan diketengahkan. Pada pilihan raya negeri lepas, PBB mencalonkan tujuh muka baru. Mereka ialah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang menggantikan ibunya Datin Paduka Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi bagi DUN Samariang; guru agama Simoi Peri (Lingga); adik Taib, Datuk Seri Ali Mahmud (Muara Tuang); Robert Lawson Chuat (Bukit Saban); Murni Suhaili (Daro); Abu Seman Jahwie (Jemoreng) dan Dr Abdul Rahman Ismail (Bukit Kota).

Kali ini, agak pasti lebih ramai muka baru dicalonkan.

"Mereka mahu memberikan nafas baru kepada parti bagi membolehkan pasukan baru ini memajukan dan mentransformasikan Sarawak," kata Jeniri.

Sebelum DUN, yang mempunyai 71 kerusi dibubarkan pada Isnin, BN menguasai 63 kerusi dengan PBB sebanyak 35 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 12, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)masing-masing lapan kerusi.

Parti pembangkang, DAP memenangi enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan