Modul Kemahiran Membaca Dan Menulis Untuk Pelatih PLKN

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah membangunkan modul dikenali "I-Smart" khusus untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata jabatan itu merancang melaksanakan modul itu bermula September ini bagi pelatih Kumpulan 3 Siri 8/2011.

I-Smart ini dibangunkan pada bengkel bermula 22 Mac lepas dan berakhir hari ini, katanya kepada pemberita pada majlis penutupan bengkel pembangunan modul itu di sebuah hotel di sini Jumaat.

Seramai 100 orang menyertai bengkel pembangunan modul I-Smart yang disediakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

Modul ini dihasilkan berikutan satu kajian yang menunjukkan terdapat pelatih PLKN mempunyai masalah membaca, menulis dan berkomunikasi.

"JLKN tidak bertujuan bersaing dengan Kementerian Pelajaran dalam usaha mendidik generasi muda, kita hanya mahu menjadi pembantu kepada kementerian," kata Abdul Hadi. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan