Mangsa Banjir Di Kerian Bertambah

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian meningkat kepada 406 pagi Jumaat berbanding 359 orang petang Khamis.

Mangsa banjir terbaru adalah dari Kampung Matang Pasir seramai 31 orang, Kampung Tanjung Bugis lima orang dan Kampung Parit Simpang Lima seorang.

Mereka yang masih berada di pusat-pusat pemindahah adalah penduduk dari kawasan Batu 37 dan 38 Jalan Keretapi, Kampung Parit Abu Hasan, Parit Haji Hasan Ban, Batu 40 Jalan Bukit Merah, Parit Mat Keling, Kampung Tebuk Pancur, Kampung Parit Ayer Hitam, Kampung Alor Setangguk dan Kampung Perlis.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan berkata kesemua mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Sekolah Kebangsaan Bukit Merah, Sekolah Kebangsaan Haji Dahalan dan dewan orang ramai di Alor Pongsu.

Kampung-kampung terbabit dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga 1 meter akibat langkah melepaskan air dari empangan Bukit Merah akibat hujan lebat sejak lima hari lalu, katanya ketika dihubungi.

Fauzi berkata jalan raya di km 17 dan 18 Alor Pongsu-Selama, Jalan Bukit Merah, ditutup kepada kenderaan ringan kerana dinaiki air.

Operasi memindahkan mangsar banjir telah dilakukan oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat menyampaikan sumbangan berupa makanan dan minuman. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan