Kementerian Kesihatan Teliti Cadangan Keluarkan KWSP Untuk Rawatan Kesuburan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan meneliti kemungkinan menyarankan kepada kerajaan agar membenarkan pasangan suami isteri mengeluarkan wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) untuk rawatan kesuburan.

Timbalan Menterinya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ini berikutan kos rawatan seperti 'in-vitro fertilisation' (IVF) amat tinggi iaitu mencecah RM5,000 setiap rawatan yang mempunyai ratio kehamilan antara 30 dan 40 peratus.

"Kita meneliti kemungkinan menyarankan kepada KWSP membenarkan pasangan terbabit mengeluarkan simpanan Akaun 2 mereka untuk tujuan itu.

"Pengeluaran itu bagi tujuan rawatan kerana isu kesuburan juga dianggap sebagai satu penyakit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Perubatan Reproduktif Kebangsaan kedua, di sini, Jumaat.

Mengulas lanjut, Rosnah berkata sekalipun kerajaan memberi subsidi bagi rawatan kesuburan, ada pasangan terpaksa mengeluarkan kos sehingga RM100,000 sebelum usaha mereka berjaya.

Kerana faktor itu juga katanya, kementerian tersebut menganggap masalah sukar hamil sebagai satu penyakit dan menyediakan rawatan terapeutik bagi wanita yang terbabit.

Rosnah berkata kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara menunjukkan kadar kesuburan di negara ini telah merosot daripada 3.4 pada 1994 kepada 2.3 pada 2008, dan angka itu akan terus menurun.

Sementara itu, Tengku Puan Pahang Tengku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan bekas Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dinobatkan kongress sebagai penerima anugerah khas atas sumbangan mereka dalam bidang perubatan reproduktif di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan