Eskay, Rahim Serah Pita Video Seks Kepada Polis

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Datuk Syazril Eskay Abdullah dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik akhirnya menyerahkan pita video seks dan jam tangan Omega kepada polis pada Khamis walaupun sebelum ini berkeras enggan berbuat demikian.

Mereka sebelum itu dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 5 petang sebelum memberi keterangan selama lima jam berkaitan video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rahim berkata beliau telah memberi keterangan kepada seorang pegawai penyiasat dan beberapa pegawai dari bahagian logistik.

"Saya telah memberikan kesemua bahan bukti iaitu video seks asal yang boleh disiasat dan seutas jam tangan.

"Ia boleh disiasat secara forensik sama ada ianya penipuan atau palsu dan boleh panggil pakar dari Biro Persekutuan Antarabangsa(FBI) untuk kesahihan pita video seks ini," katanya.

Rahim berkata, beliau berharap penjelasan yang diberikan dalam siasatan tersebut akan membantu dan memudahkan penyiasatan yang dijalankan oleh polis berhubung isu video seks tersebut.

Apa yang penting, katanya rakyat Malaysia akan tahu kebenaran siapa sebenarnya aktor di sebalik video tersebut.

"Ia sangat penting kerana ia merupakan satu kepentingan kepada negara," katanya.

Rahim berkata beliau berharap penyerahan video dan jam tangan tersebut dapat memperpercepatkan penyiasatan berhubung isu tersebut.

"Insya-Allah, jika ada Suruhanjaya Diraja dan kerajaan bersetuju, mungkin penyiasatan lebih rapi akan diadakan bagi memastikan dan memuaskan hati semua pihak untuk mencari kebenaran daripada isu video seks ini," katanya.

Ketika ditanya di mana lokasi video seks tersebut dirakamkan, beliau bagaimanapun enggan mengulas tetapi berkata: "Polis tak tanya pun soalan ini pada saya semasa disoal siasat tadi," katanya.

Mereka berdua adalah trio 'Datuk T' yang mengaku termasuk Datuk Shuib Lazim sebagai yang bertanggungjawab memperlihatkan kepada wakil media klip video seks terbabit pada Isnin.

Anwar yang menafikan beliau adalah lelaki di dalam klip berkenaan pada Selasa membuat laporan polis mendakwa 'Datuk T mengugutnya dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan