Taib: Senarai Calon BN Sarawak Akan Dikemukakan Kepada PM Awal Bulan Depan

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disahkan awal bulan depan.

Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata senarai calon sedang dalam proses untuk dimuktamadkan.

"Saya mempunyai temu janji dengan Perdana Menteri (Pengerusi BN) pada awal bulan depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perdagangan Bangunan Keenam 2011 (BTS 2011), di sini, Khamis.

Ditanya mengenai peluang BN dalam menghadapi pakatan pembangkang yang dikatakan lebih bersedia, Taib, yang juga Ketua Menteri dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata: "Saya serahkan kepada Allah tetapi akan bersyukur sekiranya BN boleh memperoleh majoriti lebih dua pertiga.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April dan tarikh penamaan calon ditetapkan 6 April ini.

Ditanya mengenai rancangan persaraannya, Taib, 75, berkata beliau ingin bekerja sedikit bagi mengisi masa tetapi tidak ingin bekerja di bawah tekanan.

Pada Sabtu lepas, Taib, yang memegang jawatan ketua menteri paling lama sejak March 1981, berkata beliau akan berundur pada pertengahan penggal baru bagi memastikan peralihan kepimpinan dapat berjalan lancar dan teratur.

Pada pilihan raya negeri 20 Mei, 2006, BN Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala DAP menguasai enam kerusi serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing, menguasai satu kerusi.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan