Rahim Sedia Beri Keterangan Isu Video

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, seorang daripada tiga orang yang membuat pendedahan mengenai klip video memaparkan aksi seks seorang yang dikatakan pemimpin pembangkang, sedia memberi keterangan jika dikehendaki oleh polis, kata pegawai khas beliau Ghazali Zainal.

Ghazali memberitahu Bernama pada Khamis bahawa Rahim belum dipanggil oleh polis berhubung pendedahan itu.

Menurutnya buat sementara waktu Rahim enggan memberi sebarang ulasan lanjut dengan alasan beliau telahpun mendedahkan kepada media semalam bahawa beliau bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari Perkara, Datuk Shuib Lazim, bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

Dua hari lepas, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung video itu yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan