PM Akan Berkongsi Pandangan Rakyat Mengenai GTP Ahad Ini

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berkongsi dengan rakyat Malaysia hasil Program Transformasi Kerajaan (GTP), selepas setahun pelaksanaannya, Ahad ini.

Pengarah Komunikasi GTP, Alex Iskandar Liew berkata, majlis itu yang sesuai dinamakan "Malam Transformasi Bersama Rakyat:Untukmu Malaysia" akan berlangsung di Stadium Putra di Bukit Jalil pukul 6 petang.

"Terlalu banyak keraguan apabila GTP pertama kali diperkenalkan pada Januari 2010, tetapi hasilnya daripada pelbagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam tempoh 12 bulan tahun lepas sangat menggalakkan dan menunjukkan perkembangan dalam sistem penyampaian awam, berada pada landasan yang betul.

"Itu menunjukkan, masih banyak yang perlu dilakukan dan bagi mencapai sasaran yang lebih tinggi bagi memenuhi hasrat semua rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Liew juga berkata kerajaan terkejut bahawa banyak sasaran NKRA telah dicapai dan malah dalam sesetengah kes, ia melebihi sasaran.

"Penjawat awam terutamanya telah memainkan peranan penting dalam proses transformasi dan telah menyumbang dengan ketara kepada kejayaan GTP melalui komitmen yang padu kepada kualiti khidmat penyampaian," katanya.

Liew melalui GTP, Malaysia telah menyaksikan pencapaian yang tidak pernah berlaku sebelum ini seperti penurunan dalam keseluruhan kes jenayah yang dilaporkan buat pertama kali dalam masa tiga tahun, pengenalan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, bilangan besar jalan yang dibina dalam setahun dan menambah baik pengangkutan awam menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT).

Menurutnya, kerajaan akan meneruskan usaha berhubung dengan rakyat bagi mendapatkan maklum balas berhubung bidang tumpuan baru yang mungkin bagi 2011 dan selepas itu.

"Ini amat penting kerana transformasi merupakan proses berterusan, sesuatu yang begitu dinamik dan memerlukan kerja berpasukan - kerajaan, penjawat awam dan rakyat - bagi mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan