Manifesto BN Sarawak Akan Diumumkan Selepas Penamaan Calon: Taib

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Manifesto Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi pilihan raya negeri ke-10 adalah 'ringkas dan mudah' dan akan diumumkan kepada orang ramai selepas penamaan calon, kata Pengerusi BN negeri dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Saya baru saja meneliti draf akhir. Ia ok, sangat ringkas dan mudah," katanya selepas merasmikan Pameran Bangunan Perdagangan anjuran Institut Arkitek Malaysia Bahagian Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini.

Taib, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata kandungan manifesto itu dipermudahkan untuk membolehkan anggota BN memahami dan mengaitkannya dengan kawasan pilihan raya masing-masing.

"Di peringkat negeri, kami telah banyak kali berbincang mengenainya... asasnya sangat mudah hinggakan setiap anggota BN akan mendapati senang untuk mengaitkannya dengan kawasan pilihan raya mereka," katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pencalonan pada 6 April manakala pengundian pada 16 April.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2006, BN Sarawak mengetengahkan slogan 'Sarawak yang Aman, Progresif dan Makmur' menerusi manifesto yang melakar masa depan negeri, kisah kejayaan dan janji ke arah pengagihan kekayaan secara saksama dalam kalangan semua kaum di negeri ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PBB dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata sebuah jawatankuasa khas sedang giat merangka manifesto berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa persiapan pilihan raya PBB di ibu pejabat parti itu di sini, Jabu berkata meskipun beliau tidak menganggotai jawatankuasa khas itu, secara umumnya manifesto BN Sarawak akan menyentuh tentang falsafah dan kejayaan di sebalik perkembangan politik yang merangkumi potensi pelbagai peluang ekonomi di negeri ini seperti Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) dan Hab Halal Tanjung Manis.

Mengenai persiapan parti, beliau berkata jentera pilihan raya BN di peringkat akar umbi telah pun digerakkan.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan perinciannya memandangkan ia merupakan sebahagian daripada strategi pilihan raya parti komponen BN itu.

BN Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN, manakala DAP memperoleh enam kerusi dan Parti Keadilan Rakyat serta Parti Cinta Malaysia (PCM) menerusi seorang calon bebas, masing-masing satu kerusi.

Kali terakhir pilihan raya negeri diadakan di Sarawak ialah pada 20 Mei, 2006.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan