Calon Bakal Pengganti Taib Mahmud Bukan 'Orang Luar'

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak berkemungkinan besar tokoh yang pernah bekerjasama dengan beliau dalam pentadbirannya sebelum ini, menurut seorang pemerhati.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Madya Shaharuddin Badaruddin berkata calon bagi jawatan Ketua Menteri Sarawak selepas ini tidak akan datang daripada orang luar.

Katanya pemilihan calon Ketua Menteri yang datang daripada mereka yang pernah berkhidmat dengan beliau penting kerana ini akan membolehkan calon tersebut memahami segala selok-belok politik dan pembangunan ekonomi negeri yang bakal ditadbirnya nanti.

"Perkembangan ini juga menunjukkan wujudnya kesinambungan. Dalam konteks politik semasa Sarawak, kesinambungan akan dilakukan dan akan berlaku.

"Apabila tidak ada proses kesinambungan, sudah tentu akan berlaku masalah," katanya ketika ditemu ramah pada Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, Rabu.

Mengulas lanjut, Shaharuddin berpendapat proses kesinambungan dalam kepimpinan negeri Sarawak akan berlaku secara berperingkat yang mana gandingan pemimpin lama dan baru masih tetap diberi kepercayaan.

Beliau berkata adalah satu pendekatan yang kurang bijak untuk mengubah keseluruhan barisan kepimpinan negeri secara terburu-buru kerana pendekatan sedemikian boleh memberi kesan yang sebaliknya kepada strategi kerajaan negeri dalam memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya negeri 16 April ini.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan