Syarat Hak Kewarganegaraan Tidak Sewenang-Wenangnya Dilonggarkan - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak sewenang-wenangnya boleh melonggarkan syarat untuk memberi hak kewarganegaraan kepada mana-mana individu semata-mata bagi mempercepatkan proses kelulusan permohonan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata segala proses kelulusan permohonan itu adalah tertakluk kepada Perlembagaan.

"Dalam dunia tanpa sempadan ini, sekiranya ada kes-kes tertentu yang menyalahgunakan sistem, ia akan membawa bersama jenayah serius seperti penyeludupan dadah, bayi dan senjata, ada kaitan dengan 'money laundering' dan ada kaitan dengan keganasan.

"Dalam konteks keselamatan negara, perkara ini tidak boleh diambil mudah semata-mata bagi mempercepat dan memastikan proses ini efisien dan mencapai sasaran yang kita harapkan," katanya menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Fong dalam soalannya ingin tahu sebab permohonan taraf kewarganegaraan yang ditolak dan sama ada terdapat kelonggaran syarat yang memberikan hak kewarganegaraan dalam permohonan taraf kewarganegaraan.

Hishammuddin berkata wakil rakyat harus memahami dan mengimbangi kehendak rakyat dan proses (kelulusan kewarganegaraan) sedia ada supaya tidak timbul isu keselamatan dalam keadaan dunia yang semakin sempit kini.

Menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Hishammuddin berkata kementerian tidak menghadapi masalah dalam memproses permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia selagi permohonan itu lengkap dan memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata bagi kes-kes yang meragukan seperti sesuatu perkahwinan yang didaftar setelah kelahiran seseorang kanak-kanak, kementerian akan menggunapakai keputusan ujian sampel DNA bagi mengesahkan pertalian darah untuk membuktikan hubungan di antara ibu bapa dengan kanak-kanak itu.

"Kaedah ini adalah bagi membantu kementerian membuat keputusan yang tepat," katanya menjawab soalan Tiong sama ada kementerian menghadapi masalah meluluskan permohonan taraf kewrganegaraan di bawah Perkara 15A (Keadaan Khas bagi kanak-kanak di bawah umur 21 tahun) Perlembagaan Persekutuan dan jumlah permohonan yang diluluskan.

Hishammuddin berkata sebanyak 3,042 permohonan diluluskan tahun lepas bagi permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A sejak 2007 hingga 2009.

"Jumlah untuk taraf kewarganegaraan bukan jumlah yang kecil. Pada 2009, sebanyak 32,927 permohonan selesai diproses manakala pada 2010, permohonan yang diproses ialah 29,677," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan