Shuib Lazim Yakin Kebenaran Akan Terbongkar

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Shuib Lazim, yang merupakan salah seorang daripada trio “Datuk T” yang mendedahkan rakaman video aksi seks seorang pemimpin sebuah parti pembangkang Isnin lalu, amat yakin bahawa kebenaran akhirnya akan terbongkar. “Malah kami telah meminta pandangan produser filem Yusri daripada Studio KRU dan dia kata, adalah hampir mustahil untuk melakukan superimpose ke atas wajah seseorang dalam sebuah video yang bergerak. “Lebih-lebih lagi rakaman video itu dibuat dari empat sudut yang berbeza, menjadikannya lebih sukar untuk seseorang melakukan superimpose wajah orang lain ke atas subjek berkenaan,” katanya sambil menambah bahawa Yusri adalah seorang pakar dalam bidang teknologi canggih perfileman.

Shuib yang juga merupakan bendahari Perkasa telah dinamakan bersama-sama seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah oleh bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik sebagai trio yang selama ini bergelar “Datuk T”.

Mereka telah mendedahkan kandungan rakaman video berkenaan kepada wakil-wakil media terpilih termasuk wakil dari Harakah Isnin lalu. Shuib juga mendakwa, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali akan melakukan inisiatif untuk membentuk pasukan panel penyiasat untuk mengesahkan ketulenan rakaman itu.

Ibrahim pula ketika ditemui para pemberita di parlimen menjelaskan, apa yang dilakukan oleh Shuib adalah atas kapasitinya sebagai seorang individu dan tiada kena mengena langsung dengan Perkasa.

“Tetapi saya puji mereka kerana berani mendedahkan kewujudan rakaman video klip tersebut,” katanya.

Shuib, katanya lagi, telah tidak menghadiri mesyuarat Perkasa sejak enam bulan yang lalu kerana tidak sihat. Bagaimanapun kata Ibrahim, isunya di sini ialah bukanlah sama ada Shuib telah melakukan satu kesalahan atau tidak tetapi ialah sama ada orang yang muncul dalam pita rakaman itu adalah benar-benar orang yang dituduh.

“Jika anda lihat kes ini dari perspektif yang saya katakan itu maka apa yang telah dilakukan oleh Shuib dan rakan-rakannya wajar dihargai,” kata Ibrahim.

Ibrahim berkata, sebuah panel penyiasatan bebas wajar dibentuk kerana ini telah menjadi satu isu nasional dan beliau bersedia untuk duduk sebagai salah seorang ahli panel.

“Lagi ramai lagi bagus kerana kita hendak mencari kebenaran,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan