Shaikh Hussein Kini Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Yang Baru

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bagan, Shaikh Hussein Mydin telah dilantik sebagai ketua Pemuda Umno Negeri Pulau Pinang yang baru.

Beliau akan dibantu oleh Ketua Pemuda Umno Bayan Baru, Norman Zahalan yang kini menyandang kerusi naib ketua pemuda Umno Negeri.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, perubahan pucuk pimpinan ini dibuat selaras dengan langkah Pemuda untuk memantapkan struktur organisasinya menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Saya berharap kepimpinan baru ini akan dapat memberi komitmen dan kerjasama yang baik kepada Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang," ujarnya.

Dengan perubahan ini juga, beliau berharap semua pemuda Umno bahagian di negeri itu dapat bergerak sebagai satu pasukan yang lebih mantap.

Jawatan ketua pemuda Umno Negeri sebelum ini disandang oleh Norman.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan