Pulapol Kini Selamat Dan Terkawal - Komandan

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal daripada penularan virus Adenovirus, kata Komandan Pulapol, SAC Zulkifli Mohamed.

Beliau berkata keadaan terkawal itu berlangsung sejak Isnin lalu tetapi pihak Kementerian Kesihatan masih lagi menjalankan pemantauan di situ.

"Alhamdulillah, sekarang keadaan sudah terkawal dan selamat. Latihan perbarisan untuk Hari Polis oleh pasukan-pasukan luar seperti FRU (Unit Simpanan Persekutuan) dan Trafik juga sudah dilakukan di dalam Pulapol," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Jumlah pelatih dan kakitangan Pulapol yang masih lagi dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana jangkitan virus tersebut juga telah berkurangan, katanya.

"Sekarang hanya dua orang sahaja yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu seorang pelatih inspektor wanita dan seorang pelatih inspektor lelaki. "Yang masih berada di wad biasa HKL hanyalah seramai enam orang iaitu dua pelatih inspektor wanita, dua pelatih inspektor lelaki, seorang konstabel lelaki dan seorang kakitangan.

"Jumlah pengasingan pula hanya 219 orang di mana banyak perbezaan dengan sebelum ini," katanya.

Bagaimananapun kata Zulkifli, kawasan asrama pelatih masih ditutup kepada kunjungan pihak luar.

Jangkitan virus yang menular sejak 4 Mac lepas meragut nyawa dua pelatih. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan